Wednesday 19 November 2014

Suami dan Isteri

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kahwin tiga barulah
             sah.
Isteri   : Kenapa pula?
Suami  : Cuba terjemahkan ke
              dalam bahasa inggeris
              "satu is one, dua is two,
               tiga isteri is three. Baru
               betul dan sah.
Isteri   : Tapi abang kena faham
               bahasa inggeris tentang
               singular dan plural
Suami  : Berkenaan apa tu?
Isteri   : satu tu singular dua atau
              lebih plural.
Suami  : Contohnya??
Isteri   : one car sebagai singular.
              two cars sebagai plural.
              apa bezanya..?
Suami  : ohhh... Tambah "s"
              dihujung untuk yang
              plural.
Isteri    : Betul tu. Sama jugalah
               untuk abang.
Suami   : Macam mana pula boleh
               sama?
Isteri    : Satu isteri abang MAMPU,
               jika dua isteri dah jadi
               plural, maka abang
               MAMPUS! Kan kena
               tambah 'S' je!

Doa

Suatu hari, seorang lelaki miskin membawa jala turun ke sungai. Hajatnya mahu mendapat ikan agar dapat dijadikan pangalas perut isteri dan anak-anaknya dirumah. Namun, dari tengah hari hingga ke petang, tiada satu pun ikan yang berhasil diraihnya.

Berdoalah lelaki itu dalam hatinya, "Ya Allah, keluargaku menunggu dengan rasa lapar dirumah. Berilah aku sedikit rezeki walaupun hanya seekor ikan".

   Tidak lama selepas itu berdoa, Tuhan memberinya rezeki. Jalanya berjaya membawa naik seekor ikan yang sangat besar. Lelaki itu memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t . Lalu dia membawa pulang ikan itu kerumah. Dalam perjalanan pulang, lelaki itu bertembung dengan sekumpulan pengawal yang mengiringi Raja. Ikan besar ditangan lelaki miskin itu menggamit pandangan Raja tersebut. Lantas di arahnya pengawal untuk merampas ikan itu. Lelaki miskin hanya diam, tidak mampu bersuara di depan Raja yang berkuasa.

Ikan tersebut dibawa pulang ke Istananya. Si Raja gembira mahu menjadikan ikan itu sebagai salah satu haiwan peliharaannya. Sambil terbawa, dia cuba memgang ikan itu. Tiba-tiba, ikan tersebut menggigit jarinya.

Akibat gigitan itu, Raja tadi jatuh sakit. Badannya demam, terasa bisa hingga tidak dapat tidur. Tabib menyarankan jarinya dipotong untuk menghindari racun daripada gigitan ikan terus merebak.

Setelah dipotong, sakitnya tidak juga hilang. Rupa-rupanya, racunnya telah tersebar ketangan. Pergelangan tangan si Raja pula dipotong. Pun tetap sama. Rasa sakit kian bertambah kerana bisa sudah merebak. Akhirnya, lengan Raja terpaksa dipotong. Setelah itu, barulah rasa sakitnya hilang. Namun, hati si Raja tidak senang walaupun lukanya sudah sembuh. Maka, dipanggil seorang ulama' mengadapnya. Lalu diceritakan perihal bagaimana dia bertemu dengan lelaki miskin itu dan mendapt ikan yang telah mengakibatkan sebelah tangannya kudung.

"Ulama' itu berkata, tuan tidak akan tenteram sehingga lelaki miskin itu memaafkan kesalahan tuan."

Mendengar kata ulama', Raja itu berusaha mencari lelaki tersebut. Setelah berjaya menemui si miskin, Raja menceritakan apa yang telah berlaku setelah dia merampas ikan tersebut.

Dengan rasa menyesal dan merendah dirinya, Raja itu memohon maaf atas perbuatannya. Lelaki miskin pula tidak berdendam, dengan ikhlas hati dia memaafkannya.

Sebelum pulang, sang Raja bertanya kepada lelaki itu, "Aku ingin tahu, apa yang kau katakan dalam hati sewaktu orang-orangku merampas ikan itu dari tangan mu".
Lelaki itu menjawab, "tidak ada apa kecuali aku hanya menohon kepada Allah. Aku berdoa, Ya Allah sesungguhnya dia telah melihatkan kekuatan kepada ku, maka perlihatkanlah kekutanmu kepadanya",

Raja tersebut terkejut lalu tunduk dan berlalu pergi, dalam fikirannya "Aku tidak berkuasa dari Allah dan tidak sekuat lelaki ini kerana doanya aku binasa seperti ini, Ya Allah ampunkan dosa ku aku menjadi pemerintah yang zalim kepada rakyat ku".

          10001 Doa orang yang di
           zalimi: Mohamad Afendi/
                       Nurul Shakilah