Wednesday 19 November 2014

Suami dan Isteri

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kahwin tiga barulah
             sah.
Isteri   : Kenapa pula?
Suami  : Cuba terjemahkan ke
              dalam bahasa inggeris
              "satu is one, dua is two,
               tiga isteri is three. Baru
               betul dan sah.
Isteri   : Tapi abang kena faham
               bahasa inggeris tentang
               singular dan plural
Suami  : Berkenaan apa tu?
Isteri   : satu tu singular dua atau
              lebih plural.
Suami  : Contohnya??
Isteri   : one car sebagai singular.
              two cars sebagai plural.
              apa bezanya..?
Suami  : ohhh... Tambah "s"
              dihujung untuk yang
              plural.
Isteri    : Betul tu. Sama jugalah
               untuk abang.
Suami   : Macam mana pula boleh
               sama?
Isteri    : Satu isteri abang MAMPU,
               jika dua isteri dah jadi
               plural, maka abang
               MAMPUS! Kan kena
               tambah 'S' je!

Doa

Suatu hari, seorang lelaki miskin membawa jala turun ke sungai. Hajatnya mahu mendapat ikan agar dapat dijadikan pangalas perut isteri dan anak-anaknya dirumah. Namun, dari tengah hari hingga ke petang, tiada satu pun ikan yang berhasil diraihnya.

Berdoalah lelaki itu dalam hatinya, "Ya Allah, keluargaku menunggu dengan rasa lapar dirumah. Berilah aku sedikit rezeki walaupun hanya seekor ikan".

   Tidak lama selepas itu berdoa, Tuhan memberinya rezeki. Jalanya berjaya membawa naik seekor ikan yang sangat besar. Lelaki itu memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t . Lalu dia membawa pulang ikan itu kerumah. Dalam perjalanan pulang, lelaki itu bertembung dengan sekumpulan pengawal yang mengiringi Raja. Ikan besar ditangan lelaki miskin itu menggamit pandangan Raja tersebut. Lantas di arahnya pengawal untuk merampas ikan itu. Lelaki miskin hanya diam, tidak mampu bersuara di depan Raja yang berkuasa.

Ikan tersebut dibawa pulang ke Istananya. Si Raja gembira mahu menjadikan ikan itu sebagai salah satu haiwan peliharaannya. Sambil terbawa, dia cuba memgang ikan itu. Tiba-tiba, ikan tersebut menggigit jarinya.

Akibat gigitan itu, Raja tadi jatuh sakit. Badannya demam, terasa bisa hingga tidak dapat tidur. Tabib menyarankan jarinya dipotong untuk menghindari racun daripada gigitan ikan terus merebak.

Setelah dipotong, sakitnya tidak juga hilang. Rupa-rupanya, racunnya telah tersebar ketangan. Pergelangan tangan si Raja pula dipotong. Pun tetap sama. Rasa sakit kian bertambah kerana bisa sudah merebak. Akhirnya, lengan Raja terpaksa dipotong. Setelah itu, barulah rasa sakitnya hilang. Namun, hati si Raja tidak senang walaupun lukanya sudah sembuh. Maka, dipanggil seorang ulama' mengadapnya. Lalu diceritakan perihal bagaimana dia bertemu dengan lelaki miskin itu dan mendapt ikan yang telah mengakibatkan sebelah tangannya kudung.

"Ulama' itu berkata, tuan tidak akan tenteram sehingga lelaki miskin itu memaafkan kesalahan tuan."

Mendengar kata ulama', Raja itu berusaha mencari lelaki tersebut. Setelah berjaya menemui si miskin, Raja menceritakan apa yang telah berlaku setelah dia merampas ikan tersebut.

Dengan rasa menyesal dan merendah dirinya, Raja itu memohon maaf atas perbuatannya. Lelaki miskin pula tidak berdendam, dengan ikhlas hati dia memaafkannya.

Sebelum pulang, sang Raja bertanya kepada lelaki itu, "Aku ingin tahu, apa yang kau katakan dalam hati sewaktu orang-orangku merampas ikan itu dari tangan mu".
Lelaki itu menjawab, "tidak ada apa kecuali aku hanya menohon kepada Allah. Aku berdoa, Ya Allah sesungguhnya dia telah melihatkan kekuatan kepada ku, maka perlihatkanlah kekutanmu kepadanya",

Raja tersebut terkejut lalu tunduk dan berlalu pergi, dalam fikirannya "Aku tidak berkuasa dari Allah dan tidak sekuat lelaki ini kerana doanya aku binasa seperti ini, Ya Allah ampunkan dosa ku aku menjadi pemerintah yang zalim kepada rakyat ku".

          10001 Doa orang yang di
           zalimi: Mohamad Afendi/
                       Nurul Shakilah

Wednesday 9 October 2013

Isteriku solehah

Kini aku bahagia setelah isteriku selamat bersalin, kehadiran orang baru dirumah kami membuatkan aku lebih bersemangat.. isteriku melahirkan bayi lelaki seberat 3.18kg yang diberi nama muhammad aidil naufal. Aku sangat bahagia mempunyai seorang cahaya mata yang begitu comel, rupa parasnya seperti aku kebanyakan fizikalnya semua mengikut aku.. kini aku sedar aku telah menjadi seorang bapa kepada anak ku..alhamdulillah syukur kepada Allah..

Friday 17 June 2011

BERTUAHNYA DAPAT SUAMI MACAM INI.....

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...
 Today at 11:28am

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada.

Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid.

Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?


1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.
"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.
Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih.

Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya.

Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.

Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.